Ramai antara kita yang selalu berangan untuk mempunyai pelamin nikah yang indah. Malah, kalau kita dijemput pergi ke majlis pernikahan, antara perkara pertama yang kita ingin lihat adalah pelamin nikah pengantin. Kalau anda sedang mencari ilham, di sini kami ada sediakan 15 idea pelamin nikah yang menarik dan cantik sebagai sumber inspirasi anda! 1 Hiasan Gabungan Bunga dan Kayu PaletIndah dan gah kan hiasan pelamin nikah ini? Ia menggunakan kayu palet sebagai backdrop atau latar belakang pelamin dan hiasan bunga hydrangea tiga warna – biru, putih, dan merah jambu – sebagai penaik seri. Source: Planetpengantin.com Penghias pelamin nikah ini menggelarkan rekaan ini sebagai rustic floral. Memang menarik! Ianya lain daripada yang lain. 2. Pelamin Nikah Bertema Putih dan Warna BubblegumCantikkan warna tema untuk pelamin nikah ini? Dengan unjuran kain putih yang elok terhias di dinding belakang pelamin nikah, konsep ini nampak eksklusif, dan yang paling penting, kelihatan mahal! Source: Stazurin.blogspot.my Untuk memberikan warna kontras yang lebih anggun, pilihan warna-warna bubblegum seperti biru muda dan ungu dipilih oleh pereka pelamin. 3. Tema Ringkas Tetapi ModenJika bajet anda terhad namun masih mahukan idea hiasan pelamin nikah yang menarik dan cantik, apa kata anda ambil inspirasi daripada hiasan pelamin ini. Source: Pinterest.com Dengan bahan hiasan yang ringkas dan tidak sarat, memang ia nampak simple. Pilihan warna lembut seperti putih dan coklat muda juga membuatkan pelamin ini kelihatan moden dan seimbang – tidak terlampau feminin atau maskulin. 4. Rekaan Bunga Putih dan UnguGabungan warna putih dan ungu bukanlah satu warna yang asing. Ramai pengantin gemar memilihnya kerana ia memberikan rupa yang lembut dan mahal kepada hiasan keseluruhan pelamin nikah. Source: Pinterest.com Jika anda bercadang untuk menggunakan dua warna ini untuk majlis pernikahan, anda bolehlah meniru hiasan seperti pelamin di atas ini. Memang cantik dan menarik! 5. Hiasan Pelamin Nikah Di-RajaDengan penggunaan kerusi tinggi berserta kaki berukir dan hiasan butang manik, pelamin nikah ini kelihatan seperti pelamin nikah diraja. Hiasan bunga juga ringkas dengan hanya diletakkan di sebelah ruangan kiri dan kanan. Source: Pinterest.com Untuk pilihan warna tema, selalunya warna putih menjadi keutamaan. Namun, antara warna lain yang sesuai bagi tema ini ialah warna kuning emas, ungu manggis, serta royal blue. 6. Backdrop Pintu Putih yang GahSelain daripada penggunaan backdrop berunsurkan jujuran kain, anda juga turut boleh menggunakan hiasan yang kelihatan seperti pintu gerbang yang gah – seperti dalam gambar ini. Source: Pinterest.com Rekaan ini membuatkan seolah-olah pintu di belakang itu merupakan satu simbolik kepada kemasukan pengantin ke alam perkahwinan. Sebagai penaik seri, bunga yang berwarna hijau, biru, dan pink diletakkan di bahagian lantai dan kerusi pelamin. 7. Rekaan Ceria dan MudaJika anda masih berjiwa muda dan ingin sesuatu yang nampak riang tetapi masih eksklusif, ambil ilham daripada idea hiasan pelamin nikah yang menarik dan cantik seperti ini. Dengan hanya menggunakan tempat duduk nikah yang ringkas dan diletakkan bantal di sekelilingnya, majlis anda pasti akan kelihatan intim dan peribadi. Source: Pinterest.com Malah, tidak cukup dengan itu. Tambah juga hiasan floral yang kelihatan seperti kipas tangan di bahagian dinding belakang pelamin – ia boleh menjadi titik fokus untuk pelamin anda! 8. Tema Merah Jambu Ala InggerisSelalunya majlis pernikahan yang berkonsepkan inggeris akan menggabungkan beberapa warna dan barang hiasan seperti warna putih, bunga segar, dan lampu chandelier. Namun, jika anda inginkan sedikit kelainan, apa kata anda tukar kepada warna merah jambu? Source: Stazurin.blogspot.my Letakkan di bahagian dinding pelamin hiasan kain dari atas hingga ke lantai. Letakkan juga 2 tiang lampu hiasan yang cantik serta hiaskan dengan beberapa jambangan bunga berwarna merah jambu dan beberapa tona lain untuk mengindahkan pelamin. 9. Konsep Pelamin Inggeris KlasikMungkin anda lebih gemarkan sesuatu yang klasik. Jika ya, tidak mengapa. Pilih sahaja pilihan warna yang biasa dikenakan dengan konsep Inggeris – iaitu warna putih. Namun, hasilkan kontra dengan memilih bunga-bungaan berwarna kuning muda. Source: Pinterest.com Untuk tempat duduk semasa nikah pula, cukup sekadar bantal duduk yang berwarna putih. Jika ingin nampak gah, pilihlah yang disertai dengan hiasan manik berbentuk diamond. Pasti nampak esklusif dan mewah! 10. Pelamin Nikah Berunsur AlamMenarik tak hiasan gambar pelamin nikah yang seterusnya ini? Ianya menampilkan sedikit kelainan dengan menambah unsur alam. Pokok tanpa daun diletakkan sebahagian tumpuan utama di backdrop untuk memberikan rasa natural kepada hiasan pelamin. Source: Pinterest.com Malah, hiasan bunga pink digantung pada ranting supaya tidak tampil kaku. Kalau anda inginkan sesuatu yang lain daripada yang lain, mungkin inilah idea design pelamin yang sesuai untuk anda. Cubalah! 11. Hiasan English VintageSiapa kata benda vintage tiada harga? Sememangnya, barangan vintage ada penggemar dan pengikutnya yang tersendiri. Jika anda salah seorang daripadanya, idea hiasan pelamin nikah yang cantik dan menarik ini adalah untuk anda. Source: Cokelatdanaiskrim.blogspot.my Penggunaan rak putih di bahagian kiri dan kanan memberikan ruang kepada penghias untuk menggubahnya. Malah, kerusi nikah pula terdiri daripada kerusi kayu dan bahagian belakang pula dihiasi dengan bingkai gambar. Di mana mahu membeli barangan seperti ini? Rasa-rasanya ada di Ikea! 12. Pelamin Nikah EkstravaganzaInginkan sesuatu yang grand dan mewah? Cuba tengok idea hiasan pelamin nikah yang menarik dan cantik seterusnya ini. Adakah anda berani untuk mencubanya? Jika rekaan di atas kebanyakkannya simple dan ringkas, tidak kali ini. Source: Cari.com.my Tiada satu pun ruang yang terbazir dan dibiarkan kosong. Lantainya ditabur kelopak bunga, bahagian backdrop digantung kain dan bantal, dan tempat duduk nikah juga dipenuhi dengan bantal bulat. Memang esktravaganza! 13. Pelamin Nikah HipsterSudah tentu, kami pasti akan menyediakan sesuatu yang sesuai bagi mereka yang berjiwa hipster. Dengan hiasan kayu palet sebagai dinding, pelamin nikah anda pasti akan menjadi tumpuan ramai semasa majlis pernikahan anda nanti! Source: Nikhamidi.com Jangan biarkan backdrop unik ini tampil kosong. Gantung juga beberapa gambar anda dan pasangan serta letakkan juga hiasan kotak lilin supaya nampak terhias dan cantik pelamin nikah hipster anda ini. 14. Design Pelamin Nikah Melayu TradisionalWah, memang indah dan klasik hiasan pelamin nikah yang seterusnya ini. Jika anda berjiwa kemelayuan dan ingin tampil bak wanita melayu terakhir, mungkin inilah rekaan yang sesuai untuk anda. Source: Pinterest.com Peletakan payung tradisional serta tempat duduk berukir memberikan sedikit rasa kampung kepada hiasan pelamin ini. Serta, bunganya pula tidak diletakkan dalam bunga paha seperti biasa. Tetapi, ia menggunakan kayu palet sebagai tapak bunga. Kreatif, bukan? 15. Majlis Pernikahan Konsep Dalam TamanKalau anda hendak tahu, bukan majlis perkahwinan sahaja yang boleh dibuat konsep dalam taman, majlis pernikahan pun boleh. Jika ini adalah apa yang anda inginkan, apa kata anda tiru hiasan pelamin nikah yang ini. Source: Infojelita.blogspot.my Ia menggunakan beberapa gabungan warna seperti hijau, putih dan coklat. Ia memberikan rupa yang agak earthy. Memang sesuailah dengan tema outdoor atau dalam taman. Nampak mesra semulajadi sahaja hiasan sebegini. Indah dan eksklusif, bukan? Cubalah 15 idea hiasan pelamin nikah yang menarik dan cantik ini. Mungkin majlis pernikahan anda akan menjadi tajuk perbualan ramai beberapa minggu selepas ia berlangsung. Kongsikan juga artikel ini jika anda rasa ia dapat membantu bakal pengantin lain mencari idea buat pelamin nikah mereka!
0 Comments
Leave a Reply. |
Happy DoorGiftYour Doorgift Specialist ArchivesCategories |